SAYA KURANG SABAR MENGAJAR ANAK MEMBACA DAN SERING MARAH DAN MEMUKUL. ADAKAH KESAN BURUK KEPADA ANAK JIKA SAYA TERUSKAN?
YA BANYAK KESAN BURUK.
Ia mematikan semangat anak itu untuk belajar dan menurunkan jika tidak mematikan keyakinan dirinya. Ibu bersyukur puan bertanya kepada ibu perkara ini dapatlah juga ibu memberi pandangan.
Berhentikan cara ini secepat mungkin sayang, sebelum anak menjadi pelajar yang tidak suka belajar, rendah diri, bermasalah dalam pelajaran.
Jika anda seorang yang kurang sabar mengajar, dapatkanlah bantuan
daripada guru tuisyen yang boleh mengajar dengan cara happy. Kedua, jika
tulisannya comot, puan perlu ingat, tangan anak yang 5 -7 tahun belum
begitu kuat berbanding tangan kita. Moto skil belum begitu matang. Maka
tulisan akan comot-comot dahulu. Apa yang puan boleh buat, buatkanlah
latihan tambahan yang dilakukan secara play and joy.
Elakkan
mengajar anak-anak belajar dengan cara kasar. Ia tidak mendatangkan
kebaikan pada mana-mana sudut pun. Ia meragut keyakinan diri. Ia
mematikan semangat untuk belajar. Ia menimbulkan keraguan akan kemampuan
diri. Ia menjadikan anak itu benci ilmu.
Kenapa? Kerana dengan
cara marah-marah dan kasar ini menyebabkan tenaga belajar anak
senantiasa berada di otak reptilian sedangkan untuk hebat belajar, dia
perlu menggunakan otak neo-korteks nya.
Selaini itu, bila anak
merasakan dia tidak pandai belajar, maka dia akan mengambil imej diri
bahawa 'saya bodoh' dan ini adalah sangat-sangat menghancur masa hadapan
anak itu.
Ibu doakan agar anda diberi kesabaran yang lebih dalam mengajar anak-anak membaca dan belajar.
"Pergi main jauh-jauh, ayah banyak kerja nak buat ni..jangan kacau ayah.." Andainya belum sempat anak bersuara, kita telah berkata begini, tanpa disedari, kita telah menyuntik satu kepercayaan negatif ke dalam diri anak: ~ saya tidak penting ~ apa yang saya cakap tidak penting ~ ayah/emak tidak berminat untuk mengetahui tentang apa yang ingin saya cakapkan.
Dan kepercayaan ini akan membentuk sikap seperti penakut, kurang percaya kepada kemampuan diri sendiri, mudah putus asa, tidak suka mencuba sesuatu yang baru dan sebagainya...
1. Ini adalah ayat quran yang boleh menjadi tools insya allah jika diamalkan anak akan menjadi bijak pandai.
2. Anak adalah satu2nya harta yang akan berguna dan bersama2 kita semasa susah dan senang hatta sehingga kita meninggal dunia, merekalah yang akan mendoakan kita.
3. Marilah sama2 kita melakukan amalan ini semoga impian akan tercapai bila kita meninggal dunia, merekalah yang akan mendoakan kita.