SAYA KURANG SABAR MENGAJAR ANAK MEMBACA DAN SERING MARAH DAN MEMUKUL. ADAKAH KESAN BURUK KEPADA ANAK JIKA SAYA TERUSKAN?
YA BANYAK KESAN BURUK.
Ia mematikan semangat anak itu untuk belajar dan menurunkan jika tidak mematikan keyakinan dirinya.
Ibu bersyukur puan bertanya kepada ibu perkara ini dapatlah juga ibu memberi pandangan.
Berhentikan cara ini secepat mungkin sayang, sebelum anak menjadi pelajar yang tidak suka belajar, rendah diri, bermasalah dalam pelajaran.
Jika anda seorang yang kurang sabar mengajar, dapatkanlah bantuan daripada guru tuisyen yang boleh mengajar dengan cara happy. Kedua, jika tulisannya comot, puan perlu ingat, tangan anak yang 5 -7 tahun belum begitu kuat berbanding tangan kita. Moto skil belum begitu matang. Maka tulisan akan comot-comot dahulu. Apa yang puan boleh buat, buatkanlah latihan tambahan yang dilakukan secara play and joy.
Elakkan mengajar anak-anak belajar dengan cara kasar. Ia tidak mendatangkan kebaikan pada mana-mana sudut pun. Ia meragut keyakinan diri. Ia mematikan semangat untuk belajar. Ia menimbulkan keraguan akan kemampuan diri. Ia menjadikan anak itu benci ilmu.
Kenapa? Kerana dengan cara marah-marah dan kasar ini menyebabkan tenaga belajar anak senantiasa berada di otak reptilian sedangkan untuk hebat belajar, dia perlu menggunakan otak neo-korteks nya.
Selaini itu, bila anak merasakan dia tidak pandai belajar, maka dia akan mengambil imej diri bahawa 'saya bodoh' dan ini adalah sangat-sangat menghancur masa hadapan anak itu.
Ibu doakan agar anda diberi kesabaran yang lebih dalam mengajar anak-anak membaca dan belajar.
Salam Kasih - Ibu Rose
FB :
No comments:
Post a Comment