Friday, March 20, 2009

Pakej - 2009

Pakej-pakej yang ditawarkan di Pusat Tuisyen Arena Bestari.

Pakej A ( Tahun 1 - 6 )

Bahasa Melayu
Bahasa Inggeris
Matematik
Sains

Pakej B ( Tingkatan 1-3 )

Bahasa Melayu
Bahasa Inggeris
Matematik
Sains

Pakej C ( Tingkatan 4-5 )

Bahasa Melayu
Bahasa Inggeris
Matematik
Sains

Pakej D ( Tingkatan 4-5 )

Fizik
Kimia
Matematik Tambahan
Prinsip Akaun


Untuk keterangan lanjut sila hubungi Pn Hadina ( 013-766 1523 )

Thursday, March 05, 2009

7 Tabiat Orang Yang Berjaya - Steven Covey

1.Pro-aktif

Maksudnya mengambil tanggungjawab terhadap sesuatu perkara dan bukannya menuding jadi kepada orang lain atau persekitaran yang menimbulkan halangan dan masalah.

2.Mula dengan wawasan di dalam minda

Bina wawasan berdasarkan prinsip "utara-benar". Cipta satu pernyataan misi hidup anda dan bayangkan kesudahan misi anda itu. Minda anda perlu membayangkan kejayaan pencapaian misi tadi untuk merangsang diri anda melakukan langkah-langkah yang sesuai ke arahnya.

3.Utamakan yang utama

Dalam usaha mencapai sasaran jangka panjang, keluarkan kerja-kerja yang bersifat segera tetapi tidak penting untuk mencapai sasaran anda. Bahagikan tugas dan rancangan dengan sebaiknya agar anda tidak perlu memperincikan semua perkara.

4. Fikirkan Menang-Menang

Apabila menghadapi kebuntuan terutamanya apabila bertembungan kepentingan dengan orang lain, fikirkan penyelesaian yang memberi manfaat kepada setiap pihak. Dengan itu, keberhasilan penyelesaian itu akan mudah dicapai.

5. Dengar dahulu sebelum berkata

Sebelum anda meminta orang lain mendengar permintaan atau nasihat anda, dengar terlebih dahulu perihal latarbelakang mereka. Apabila latarbelakang mereka diketahui anda, anda dapat memikirkan satu penyelesaian yang memudahkan mereka menerimanya.

6. Sepadukan usaha

Amalkan kerja dalam kumpulan. Jika hal ini menjadi tabiat, pencapaian anda akan menjadi berganda kerana faktor kekuatan kumpulan mengatasi kekuatan individu.

7. Tajamkan pedang

Dari masa ke semasa, amalkan peningkatan diri supaya kadar produktiviti dapat ditingkatkan selaras dengan perubahan masa.


Monday, March 02, 2009

Bagaimana Menghadapi Emosi Yang "Down"

Kunci untuk kita kuat menghadapi sikap kurang semangat, emosi yang down atau apa saja yang berkaitan, adalah dengan membina kekuatan emosi di fikiran kita. We must be strong. We have to be strong! Paksa diri kita untuk jadi kuat. Tegaslah pada diri sendiri.

Semarakkan semangat. Beri peringatan pada diri supaya sabar menghadapi apa jua cabaran, permasalahan atau konflik. Bila kita dah ingatkan diri sendiri supaya bersabar, serta merta kita akan kuat mendepani apa jua yang melanda.

Sabar adalah satu-satunya cara untuk membuat Anda kekal dalam emosi positif dan logik akal. Jika Anda sudah tidak sabar, maknanya Anda mungkin akan membuat sesuatu diluar pertimbangan atau terdorong bertindak mengikut emosi negatif.

Kekadang, sampai ke satu tahap, akan mungkin akan menyesal selama-lamanya kerana bertindak mengikut hasutan emosi, terutama rasa marah, kecewa, dipermainkan atau dendam.
Jika Anda tertekan kerana orang lain dengki dengan Anda atau tak suka Anda, usah cepat membalas perbuatan mereka. Jangan balas. Jangan ikut perangai macam mereka.
Biasanya orang sebegitu suka cakap apa saja percakapan untuk menaikkan rasa marah Anda. Itu yang dia mahukan. Dia buat begitu supaya Anda jatuh ke perangkapnya.

Bila Anda sudah marah, dia akan mudah membuat Anda bertindak bodoh atau membuat keputusan melulu. Kat tahap ni Anda tak akan fikir baik buruk tindakan Anda, yang Anda fikir hanya nak membalas dendam dan melepas rasa geram saja.

Bila semua dah berakhir, Anda yang akan susah sendiri.
Ketika itu, tiada siapa sanggup tolong Anda (tolong tengok saja). Biarlah kita yang kuasai emosi, bukan emosi yang menguasai kita.
Untuk nak menghadapi emosi down atau ketika Anda sedang murung, alih perhatian fikiran Anda pada perkara lain, benda lain, situasi lain atau orang-orang lain. Jangan ingat perkara tadi walaupun sedikit.

Teknik kedua, tukarkan ‘down’ Anda itu kepada sesuatu yang baik.
Turn it into something good!
Caranya, gali hikmah yang tersirat disebalik semua itu, apa yang hebatnya tentang masalah itu dan bagaimana untuk Anda menyelesaikannya.
Mungkin, dari emosi down itu, Anda terjumpa sesuatu yang boleh membuat Anda bersemangat semula!

Jika saya ditempat Anda, saya akan bekerja serajin yang mungkin untuk membuktikan saya ada potensi untuk mencapai tahap lebih hebat dari orang yang cuba menjatuhkan saya!
Set matlamat, kemudian go on berusaha ke arah mengejar matlamat.
Usah fokus perhatian Anda pada orang yang menyakitkan hati, tapi fokuslah pada matlamat sendiri kerana Anda akan menemui kekuatan sepanjang proses menuju matlamat itu. Usah sesakkan fikiran Anda dengan hanya memikir sikap, perbuatan dan layanan orang lain terhadap Anda.
Hidup akan jadi lebih bermakna, bila kita fokus untuk memajukan diri sendiri, semaju yang mungkin, seboleh yang mungkin ke tahap lebih tinggi.


SUMBER DRPD :http://www.imotivasi.com

Friday, January 02, 2009

KEPUTUSAN PMR 2008

SEKALUNG TAHNIAH
DARIPADA PIHAK PENGURUSAN PUSAT TUISYEN ARENA BESTARI DI ATAS KEJAYAAN CEMERLANG ANDA....
1. NUR FATIN ATHIRAH BINTI AHADER 8A
( SMK TMN MUTIARA RINI )


2. NURUL IMAN HAFIZAH BINTI ADANAN 8A
( SMK TMN MUTIARA RINI )


3. NURUL AMIRA BINTI ZAINUDIN 8A
( SMK TMN MUTIARA RINI )


4. NUR SYARAFINA BINTI SHAHUDIN 8A
( SMK TMN MUTIARA RINI )