Tuesday, July 27, 2010

Ole-Ole Super Bowl, IOI Mall Kulai

Pertandingan Bowling PTAB 2010
Tarikh : 24 Julai 2010
Tempat : Ole-Ole Bowl, IOI Mall, Kulai





Tuesday, July 20, 2010

Pertandingan Bowling PTAB 2010

Pertandingan Bowling Anjuran Pusat Tuisyen Arena Bestari

Merujuk kepada perkara di atas, kami ingin memaklumkan bahawa Pusat Tuisyen Arena Bestari akan menganjurkan pertandingan bowling di antara pelajar-pelajar PMR & SPM bagi setiap cawangan.

2. Tempat adalah terhad dan terbuka kepada 25 orang pelajar sahaja Pengangkutan disediakan dan para pelajar dikehendaki berkumpul di Pusat Tuisyen pada jam 9.00 pagi

3. Kepada pelajar yang berminat sila maklumkan kepada pihak pengurusan selewat-lewatnya pada 23 Julai 2010 (Jumaat) berserta bayaran.

Aktiviti : Pertandingan Bowling Anjuran PTAB
Tarikh : 24 Julai 2010 (Sabtu )
Masa : 10.00 pagi hingga 1.00 petang
Tempat : IOI Mall, Kulai
Bayaran : RM 15.00 (Termasuk makan & aktiviti 2x game)

Sekian, terima kasih di atas sokongan yang diberikan.


Yang Benar,
PUSAT TUISYEN ARENA BESTARI



……….……………………………………
(HADINA BINTI MOHD. HASHIM)
PENGURUS

_____________________sila potong di sini_________________

BORANG PENGESAHAN PENYERTAAN PERTANDINGAN BOWLING
ANJURAN PUSAT TUISYEN ARENA BESTARI

Nama Pelajar : ..................................................................
Bayaran : ..................................................................
Tandatangan Penjaga : ...............................................................

Tuesday, July 06, 2010

Masalah Tidak dapat F.O.K.U.S


Ramai menghadapi masalah tak fokus. Bererti, pada satu masa, macam-macam nak dibuatkan, sampai satu pun tak jalan. Masalah besar juga.

Ada laporan mengatakan manusia mempunyai 50,000 - 60,000 fikiran / thoughts perday. Oleh kerana terlalu banyak yang difikirkan dalam kepala kita, tu yang terjadinya terlalu banyak perkara kita hendak lakukan, kerana apa yang kita fikir, adalah apa yang kita akan buat. Dan bila terlalu banyak difikiran, maka, kita hilang fokus.

So nak buat macam mana?

Permudahkan hidup kita. Simplify your life. Gunakan kertas dan pen untuk menulis apa yang anda perlu lakukan hari ini. Aksi menulis apa yang kita hendak lakukan bagaikan mengeluarkan buah fikiran kita ke kertas- suatu yang berbentuk nyata, dan boleh dipegang.


Fokuskan kepada apa yang anda tulis sahaja. Pada kertas tersebut, sebolehnya hanya mengandungi 3 kerja besar yang perlu anda lakukan hari ini. 3 kerja sederhana dan 3 kerja kecil untuk hari ini.


Rancangkan dan jadualkan hari anda. Kerana 10 minit merancang hari akan menjimat berjam-jam hari anda oleh kerana anda melakukan perancangan untuk lebih fokus.



Ikhlas,
Dr Irfan Khairi