Tuesday, December 02, 2008

KELAS BESTARI ( NOV-DIS 08 )

Kelas Bestari Nov-Dis 2008 ( Matematik & B.Inggeris )

Merujuk kepada perkara di atas, kami ingin memaklumkan bahawa Pusat Tuisyen Arena Bestari akan mengadakan Kelas Bestari sepanjang bulan November & Disember 2008 ( Cuti sekolah )

2. Kelas Bestari ini terbuka kepada semua pelajar sekolah rendah dan menengah. Kelas ini diadakan adalah bertujuan untuk memantapkan lagi kemahiran Matematik dan penguasaan B.Inggeris di kalangan para pelajar. Memandangkan penggunaan B.Inggeris di dalam subjek Matematik & Sains di sekolah, para pelajar perlu menguasai B.Inggeris jika ingin cemerlang di dalam subjek tersebut.

3. Pihak kami mengambil inisiatif untuk membantu para pelajar pada cuti sekolah ini sebelum mereka melangkah ke peringkat seterusnya pada tahun hadapan dengan yakin dan bersemangat.

4. Waktu yang diperuntukan untuk Kelas Bestari adalah selama 1 ½ jam bermula 8.30 malam – 10.00 malam. Sekiranya pihak tuan / puan berminat sila hubungi pihak pengurusan .


Sekian, terima kasih di atas sokongan yang diberikan.


Yang Benar,
PUSAT TUISYEN ARENA BESTARI

……….……………………………………
(HADINA BINTI MOHD. HASHIM)
PENGURUS




Monday, December 01, 2008

PELAJAR TERBAIK UPSR

ALVIN RAJ
( SRK MUTIARA RINI )



Satu majlis ringkas telah diadakan pada 18/11/2008 untuk memberikan cenderahati kepada pelajar terbaik UPSR Alvin Raj dari SRK Mutiara Rini.
Beliau merupakan pelajar terbaik UPSR 2008 SRK Mutiara Rini.

Tahniah....:)