Tuesday, December 02, 2008

KELAS BESTARI ( NOV-DIS 08 )

Kelas Bestari Nov-Dis 2008 ( Matematik & B.Inggeris )

Merujuk kepada perkara di atas, kami ingin memaklumkan bahawa Pusat Tuisyen Arena Bestari akan mengadakan Kelas Bestari sepanjang bulan November & Disember 2008 ( Cuti sekolah )

2. Kelas Bestari ini terbuka kepada semua pelajar sekolah rendah dan menengah. Kelas ini diadakan adalah bertujuan untuk memantapkan lagi kemahiran Matematik dan penguasaan B.Inggeris di kalangan para pelajar. Memandangkan penggunaan B.Inggeris di dalam subjek Matematik & Sains di sekolah, para pelajar perlu menguasai B.Inggeris jika ingin cemerlang di dalam subjek tersebut.

3. Pihak kami mengambil inisiatif untuk membantu para pelajar pada cuti sekolah ini sebelum mereka melangkah ke peringkat seterusnya pada tahun hadapan dengan yakin dan bersemangat.

4. Waktu yang diperuntukan untuk Kelas Bestari adalah selama 1 ½ jam bermula 8.30 malam – 10.00 malam. Sekiranya pihak tuan / puan berminat sila hubungi pihak pengurusan .


Sekian, terima kasih di atas sokongan yang diberikan.


Yang Benar,
PUSAT TUISYEN ARENA BESTARI

……….……………………………………
(HADINA BINTI MOHD. HASHIM)
PENGURUS




Monday, December 01, 2008

PELAJAR TERBAIK UPSR

ALVIN RAJ
( SRK MUTIARA RINI )



Satu majlis ringkas telah diadakan pada 18/11/2008 untuk memberikan cenderahati kepada pelajar terbaik UPSR Alvin Raj dari SRK Mutiara Rini.
Beliau merupakan pelajar terbaik UPSR 2008 SRK Mutiara Rini.

Tahniah....:)

Wednesday, November 19, 2008

Sekalung Tahniah


Pihak pengurusan dan tenaga pengajar ingin mengucapkan sekalung tahniah kepada pelajar-pelajar cemerlang UPSR 2008.
Semoga kejayaan anda akan menjadi inspirasi kepada rakan-rakan yang lain.

ALVIN RAJ
SRK TMN MUTIARA RINI – 5A
( PELAJAR TERBAIK UPSR 2008 SRK TMN MUTIARA RINI)

MUHAMMAD FARHAN BIN ABD LATIFF
SRK TMN TUN AMINAH-4A 1B

MUHAMMAD AMIRUL BIN ZAINUDIN
SRK TMN MUTIARA RINI -4A 1B

NURUL NABILA IZZATY BINTI JEFFRI
SRK SERI MELATI-4A 1B

NUR NADIAH BINTI MOHD SANI
SRK TMN TUN AMINAH-3A2B

NURADILAH KHALIDAH BINTI AZMAN
SRK TMN MUTIARA RINI-3A2B

MUHAMMAD AMIRUDDIN BIN NISTION
SRK TMN MUTIARA RINI-3A2B

MUHAMMAD RIDHWAN IRFAN
SRK TMN MUTIARA RINI-3A2B

RAJA FARHANAH BINTI RAJA AZAHAN
SRK PENGKALAN RINTING -3A2B

WAN SHAFIQAH SYAHIRAH
SRK KG PASIR-3A2B







Wednesday, November 05, 2008

KEJAYAAN ANDA BERMULA DI SINI....

SELAMAT DATANG KE LAWAN WEB RASMI PUSAT TUISYEN ARENA BESTARI

-------------------------------------------------------------------------------------


Pusat Tuisyen Arena Bestari telah ditubuhkan pada 03.03.2003 dan telah didaftarkan di bawah Kementerian Pendidikan ( SRJ 1828 ).Pusat tuisyen ini adalah 100% milik bumiputera. Di awal penubuhan, pusat tuisyen ini hanya mempunyai 10 orang pelajar dan 2 orang tenaga pengajar sahaja. Setelah 5 tahun beroperasi, kami telah berjaya melebarkan sayap dengan membuka satu lagi cawangan dengan keseluruhan jumlah pelajar melebihi 200 orang.

Matlamat kami adalah untuk melahirkan pelajar-pelajar yang cemerlang di dalam akademik dan menjadi insan yang berguna untuk agama, bangsa dan negara.



Pejabat Utama:

34, Jln Tanjung,
Taman Dato' Penggawa Barat,
81200 Tampoi,
Johor Bahru

Cawangan:

1A, Jln Utama 43,
Taman Mutiara Rini,
81300 Skudai,
Johor