Thursday, March 05, 2009

7 Tabiat Orang Yang Berjaya - Steven Covey

1.Pro-aktif

Maksudnya mengambil tanggungjawab terhadap sesuatu perkara dan bukannya menuding jadi kepada orang lain atau persekitaran yang menimbulkan halangan dan masalah.

2.Mula dengan wawasan di dalam minda

Bina wawasan berdasarkan prinsip "utara-benar". Cipta satu pernyataan misi hidup anda dan bayangkan kesudahan misi anda itu. Minda anda perlu membayangkan kejayaan pencapaian misi tadi untuk merangsang diri anda melakukan langkah-langkah yang sesuai ke arahnya.

3.Utamakan yang utama

Dalam usaha mencapai sasaran jangka panjang, keluarkan kerja-kerja yang bersifat segera tetapi tidak penting untuk mencapai sasaran anda. Bahagikan tugas dan rancangan dengan sebaiknya agar anda tidak perlu memperincikan semua perkara.

4. Fikirkan Menang-Menang

Apabila menghadapi kebuntuan terutamanya apabila bertembungan kepentingan dengan orang lain, fikirkan penyelesaian yang memberi manfaat kepada setiap pihak. Dengan itu, keberhasilan penyelesaian itu akan mudah dicapai.

5. Dengar dahulu sebelum berkata

Sebelum anda meminta orang lain mendengar permintaan atau nasihat anda, dengar terlebih dahulu perihal latarbelakang mereka. Apabila latarbelakang mereka diketahui anda, anda dapat memikirkan satu penyelesaian yang memudahkan mereka menerimanya.

6. Sepadukan usaha

Amalkan kerja dalam kumpulan. Jika hal ini menjadi tabiat, pencapaian anda akan menjadi berganda kerana faktor kekuatan kumpulan mengatasi kekuatan individu.

7. Tajamkan pedang

Dari masa ke semasa, amalkan peningkatan diri supaya kadar produktiviti dapat ditingkatkan selaras dengan perubahan masa.


No comments: