Tuesday, December 24, 2013

Tenaga Pengajar Separuh Masa Diperlukan



Tenaga Pengajar separuh masa diperlukan

di Pusat Tuisyen Arena Bestari 

cawangan Taman Mutiara Rini, Skudai dan Bandar Baru Kangkar Pulai
 
( Terbuka kepada mereka yang boleh dan ingin memberikan komitmen sepenuhnya dan mempunyai minat untuk mengajar serta memiliki kelayakan minimum Diploma atau Ijazah Sarjana Muda )


Jika berminat sila  hubungi Pn Dina 013-7661523

TERIMA KASIH

Tuesday, December 10, 2013

JAWATAN KOSONG untuk Kerani Separuh Masa

JAWATAN KOSONG untuk Kerani Separuh Masa di Pusat Tuisyen Arena Bestari 

cawangan Bandar Baru Kangkar Pulai, Johor

Hubungi Pn Dina di talian 018-7846643 untuk makluman lanjut.

Terima kasih

Friday, November 29, 2013

KELAS INTENSIF MATEMATIK TAMBAHAN




Di atas permintaan ramai, terutama pelajar-pelajar dari sekolah berasrama ,
 
 Pusat Tuisyen Arena Bestari akan mengadakan KELAS INTENSIF MATEMATIK TAMBAHAN
 
bermula 2/12/2013. Kelas akan diadakan pada setiap hari Selasa, Rabu dan Khamis 
 
( 8.30-10.00 mlm ) di cawangan Taman Mutiara Rini.

Hubungi Pn Dina 018-7846643 untuk keterangan lanjut.

 Terima kasih
 
 
--------------------------------------------------------------



1.  Beri tumpuan semasa guru mengajar di dalam kelas.

2.  Fahami konsep  yang dipelajari.

3.  Siapkan kerja rumah  secepat mungkin. Jangan tangguh setiap latihan yang diberikan oleh guru.

4.  Perbanyakkan latihan kendiri. Beli buku-buku latihan supaya boleh memberi kemahiran kepada anda.

5.  Mulakan belajar dengan soalan mudah. Buat berulangkali sehingga anda boleh menguasai soalan jenis itu.

6.  Kuat kan semangat jika berhadapan dengan soalan sukar. Buat soalan tersebut dengan berbagai cara. Jika      tidak boleh juga, cepat-cepatlah berjumpa dengan guru anda. Jangan tangguhkan  ketidak fahaman anda.

7.  Peruntukan belajar "Add Maths" sekurang-kurangnya 1 jam setiap hari.

8.  Setelah anda menguasai beberapa topik, anda perlulah mencuba soalan-soalan berbentuk SPM.,   baik      Kertas 1mahupun Kertas 2. Jangan cepat putus asa...kerana setiap yang mahu berjaya mestiada jalan  keluarnya...... 

     Semoga tips ini dapat membuat anda jatuh cinta pada      "AddMaths"                                      
                                                                 
 
 
-PANITIA ADD MATHS

Friday, November 22, 2013

PMR 2014 akan berwajah baru





DALAM satu program temu bual di televisyen penulis ditanya mengenai tindakan pemansuhan peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR). Seperti yang dilaporkan dalam akhbar di mana tahun ini adalah merupakan tahun terakhir pelajar Tingkatan 3 menduduki peperiksaan awam tersebut. Penulis menyatakan bahawa sebenarnya peperiksaan PMR tidak dimansuhkan. Peperiksaan itu akan diteruskan pada tahun-tahun yang akan datang.

Walau bagaimanapun formatnya akan diubahsuai dalam bentuk yang baharu. Perubahan ini selaras dengan transformasi pendidikan iaitu untuk menjadikan kaedah pentaksiran lebih bersifat holistik dan berupaya menilai kebolehan pelajar melalui berbagai komponen.

Huraian transformasi kurikulum dan pentaksiran tersebut dapat dirujuk melalui 'Bab 4 - Pembelajaran Murid' dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 yang telah dilancarkan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin baru-baru ini.

Sesungguhnya perubahan ketara peperiksaan PMR yang akan datang ialah pelaksanaannya menggunakan kaedah Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS). PBS itu mempunyai dua komponen iaitu akademik dan bukan akademik. Komponen akademik terdiri daripada Pentaksiran Sekolah (PS) dan Pentaksiran Pusat (PP). Sementara itu komponen bukan akademik mengandungi Pentaksiran Psikometrik (Ppsi) dan Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PSJSK).

Pentaksiran Sekolah atau PS bermaksud penyediaan soalan dan pemeriksaan jawapan akan diuruskan sendiri oleh guru di sekolah berkenaan. Kandungan soalan yang dikemukakan merangkumi pembelajaran dan pengajaran mulai Tingkatan 1 hingga Tingkatan 3.

Pentaksiran Pusat atau PP pula merupakan penilaian bertulis yang disediakan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM). LPM akan menyediakan tugasan, instrumen pentaksiran setara, peraturan penskoran, jadual pelaksanaan dan garis panduan. Namun demikian guru akan diberi tanggungjawab untuk mentadbir, mentaksir dan menskor jawapan pelajar berdasarkan peraturan dan panduan yang telah ditetapkan oleh LPM.

Ini bermakna mulai tahun 2014 semua mata pelajaran dalam peperiksaan PMR akan ditaksir dalam bentuk PS dan PP oleh guru-guru di sekolah berkenaan. Tiada lagi peperiksaan berpusat dilaksanakan serentak di seluruh negara yang dikendalikan sepenuhnya oleh LPM seperti yang diamalkan sebelum ini.

Apa yang menariknya peperiksaan PMR 2014 yang berwajah baru itu tidak hanya menilai pelajar melalui komponen akademik atau bidang kognitif semata-mata. Tetapi turut dinilai ialah komponen bukan akademik merangkumi bidang sahsiah, bakat dan kebolehan semula jadi pelajar melalui kaedah Ppsi dan PSJSK.

Menilai Pentaksiran Psikometrik atau Ppsi merupakan suatu penilaian yang direkabentuk bagi mendapat maklumat pelajar secara kualitatif dan kuantitatif. Ppsi menilai keupayaan seseorang untuk bertindak balas dalam suatu cara tertentu. Ia juga mengukur kebolehan semula jadi atau innate ability dan kebolehan yang diperolehi atau acquired ability daripada pengalaman dan persekitaran. 

Di samping itu Ppsi juga turut menilai bakat pelajar dalam bidang muzik, kreativiti, kemahiran interpersonal dan intrapersonal, kinestatik dan kepintaran naturalis. Pentaksiran ini disediakan dalam bentuk deskriptif mengikut keperluan sama ada secara manual atau berkomputer oleh guru dan pelajar itu sendiri.


Sementara itu, Pentaksiran Aktiviti Sukan, Jasmani dan Kokurikulum atau PSJSK adalah untuk mengukur kecergasan dan kesihatan pelajar dalam pelbagai aktiviti jasmani. Turut ditaksir penyertaan, penglibatan dan prestasi pelajar dalam pelbagai aktiviti kokurikulum dan ekstra kokurikulum. Instrumen dan panduan pentaksiran disediakan oleh LPM dan organisasi berkaitan berdasarkan bidang kepakaran masing-masing.

Ternyata peperiksaan PMR 2014 yang berwajah baru itu merupakan satu langkah kehadapan yang diambil oleh Kementerian Pendidikan sesuai dengan masa dan keadaan. Pada pendapat penulis sekurang-kurang terdapat tiga faktor yang membawa kepada perubahan tersebut.

Pertama ialah hasil daripada transformasi pendidikan menerusi perancangan strategik Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia. Mereka mendapati peperiksaan awam yang dilaksanakan tidak menguji kesemua kemahiran yang dihasratkan dalam sistem pendidikan kita. PPPM menganjurkan agar diambil langkah bagi meningkatkan kerangka pentaksiran dan menggunakan rujukan standard seperti yang terdapat dalam PBS. Format pentaksiran baharu ini membolehkan pelajar dinilai berdasarkan keberhasilan yang lebih luas dan dalam tempoh jangka masa lebih panjang.

Kedua, kerap kali dikatakan bahawa pendidikan kita terlalu berorientasikan peperiksaan. Kita masih lagi mengamalkan peperiksaan awam berpusat dan dijalankan serentak di seluruh negara. Kebiasaannya penilaian terhadap pelajar tertumpu sepenuhnya kepada peperiksaan di akhir setiap peringkat persekolahan mereka. Sudah sampai masanya pentaksiran dilakukan dalam tempoh masa yang panjang dan turut menilai kebolehan pelajar di luar bidang akademik. Oleh itu semestinya komponen sahsiah, bakat, kebolehan semulajadi dan kokurikulum perlu diberi ruang dan peluang untuk dinilai.

Ketiga mengembalikan semula peranan mentaksir pelajar kepada guru. Ketika ini tugas pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan sepenuhnya oleh guru tetapi tugas menilai pelajar diserahkan pula kepada pihak yang lain. Sekiranya peranan mentaksir pelajar diberikan sepenuhnya kepada guru maka ia dilihat lebih memberi keadilan dan kesaksamaan kepada pelajar yang terdiri daripada berbagai tahap kebolehan dan kepintaran.

Pada hakikatnya, isu guru dikatakan mengajar hanya bagi tujuan mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan sering menjadi polemik. Akibatnya ada yang mengemukakan soalan sama ada peperiksaan awam patut dikekalkan atau dimansuhkan. Seharusnya apa sahaja peperiksaan tidak memberi impak negatif kepada pelajar. Namun demikian cabarannya ialah bagaimanakah peperiksaan awam yang dilaksanakan dapat menguji kesemua kemahiran seperti yang dihasratkan dalam sistem pendidikan kita.

Justeru dengan pengenalan kaedah penilaian yang berwajah baru melalui peperiksaan PMR 2014 diharapkan akan menjadi perintis kepada pentaksiran dalam peperiksaan awam yang lain di masa hadapan.


PENULIS ialah Pengerusi Yayasan Guru Malaysia Berhad.
Sumber : www.utusan.com.my
 

Wednesday, November 20, 2013

Tahniah untuk pelajar-pelajar UPSR 2013





Sebahagian daripada anak-anak didik Pusat Tuisyen Arena Bestari yang mendapat keputusan cemerlang pada UPSR 2013 yang lalu.
 
TAHNIAH daripada guru-guru dan pihak pengurusan Pusat Tuisyen Arena Bestari
 
 
------------------------------------------------
 
5A
 
1.ALIFF KHUZAIRI BIN JAMALUDIN
  -SK TMN MUTIARA RINI

2.MUHD AMINUL HAKIM KHAHARUDIN
  -SK TMN MUTIARA RINI

3.NURIN JAZLINA HAIZAN
  -SK TMN MUTIARA RINI

4.KHAIRULZAIM ZAFRAN BIN KAIRULZAKI
  -SK TMN MUTIARA RINI

5.NUR KHADIJAH BINTI YUSAINI
  -SK TMN UNIVERSITI 1

 
-------------------------------------------------
4A 1B
 
1.SYAMIL ISKANDAR BIN DZULKARNAIN
  -SK TMN MUTIARA RINI

2.NURUL ALYA SYAZWANI BT HAIRULDIN
  -SK TMN TUN AMINAH

3.MUHD. FARID B. ABDUL RAHMAN
  -SK TMN SKUDAI BARU

 
--------------------------------------------------
3A 2B
 
1.AQILA BINTI ZAINAL
  -SK TMN SKUDAI BARU

2.ALIAH NATASHA BINTI ZAINAL
  -SK TMN MUTIARA RINI
 
 
Kejayaan tidak diukur melalui keputusan akademik sahaja, malah kami di Pusat Tuisyen Arena Bestari tetap memberikan penekanan sahsiah diri untuk setiap pelajar agar dapat mengorak langkah dengan ilmu dunia dan akhirat sebagai bekalan menghadapi segala cabaran di masa hadapan.
 
 
 
 

Thursday, November 07, 2013

Klinik Matematik & Kelas “OH MY ENGLISH”









Merujuk kepada perkara di atas, pihak kami ingin memaklumkan bahawa pihak tuisyen akan mengadakan Klinik Matematik & Kelas “OH MY ENGLISH” untuk pelajar-pelajar sekolah rendah ( Tahun 1- Tahun 6 ) bermula 8 November 2013 ini.




Klinik Matematik bertujuan untuk memantapkan dan memastikan pelajar-pelajar menguasai subjek tersebut mengikut tahap persekolahan mereka. Manakala kelas “Oh My English” akan menekankan aspek “ grammar ” dan “ simple conversation ”.


                                      Hubungi  PN DINA – H/P:- 018-7846643

Monday, October 28, 2013

Bilik Seminar untuk Disewa di Johor Bahru



Lokasi : Taman Mutiara Rini, Skudai / Bandar Baru Kangkar Pulai, Johor

Bilik berhawa dingin / Jumlah 10-25 orang



Kursus terdekat utk bulan nov ini...

Kursus Melukis Inai ( Henna Design ) pada 24/25 Nov 2013.

Thursday, October 03, 2013

Kelas Tuisyen Sekolah Agama



Untuk makluman, Pusat Tuisyen Arena Bestari akan mengadakan kelas tuisyen untuk matapelajaran sekolah agama bermula pada bulan Oktober ini.





Sila hubungi Pn Dina 013-7661523 utk maklumat lanjut.

Terima kasih

Tuesday, October 01, 2013

Panduan bagi calon PMR 2013

 
 
Selamat menjawab peperiksaan PMR bermula Rabu ini utk
 
semua anak-anak didik Pusat Tuisyen Arena Bestari...
 
semoga kejayaan mengiringi kalian semua..♥♥♥
 
 

Wednesday, September 25, 2013

Kelas Bacalah Anakku


BERITA BAIK UNTUK ANDA
 
Pusat Tuisyen Arena Bestari akan mengadakan kelas khas Bacalah Anakku bermula November 2013 ini. Kelas ini terbuka untuk kanak-kanak yang berumur 4 tahun dan ke atas.
 
Bagi ibu bapa yang mempunyai anak-anak yang masih belum lancar membaca, kami sedia membantu anda sebagai persediaan bagi anak-anak anda sebelum melangkah ke alam persekolahan.
 
Peliharalah anak-anakmu dan perbaikilah budi pekerti mereka.
Sesungguhnya anak-anak itu adalah hadiah Allah kepadamu. ( maksud hadis ).
 
 
hubungi Pn Dina utk keterangan lanjut ; 013-7661523

Tuesday, September 10, 2013

Selamat menduduki Peperiksaan UPSR 2013






pesanan dr Dato' Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah

As salamu'alaikum. Ramai ibubapa bertanya:

Apa amalan yg ibubapa boleh lakukan semasa anak dlm dewan peperiksaan?

Ibu bapa boleh:

1. Berpuasa sunat di hari anak2 ambil pep, sbb doa ibubapa amat makbul. Doa org yg berpuasa itu makbul, apatah lagi doa ibubapa yg sdg berpuasa! 

 2. Lakukan solat taubat & solat hajat & mohon agar anak tenang & dpt jwb s...emua soalan dgn cemerlang. 

 3. Baca Quran & hadiahkan pahala kpd anak agar terang hati & tenang fikiran,

 4. Lakukan solat Dhuha & doakan anak,

 5. Sedekah di masjid, rumah anak yatim, etc & hadiahkan pahala utk anak,

 6. Berterusan berzikir & berdoa,

 7. Hantar gelombang positif kpd anak-- bayangkan wajah anak & yakin dia dpt jwb semua soalan dgn tepat.

 8. Benar2 bertawakkal kpd Allah & redha dgn segala ketentuanNya. Moga Allah jayakan semua anak2 yg ambil peperiksaan.

Aameen, wassalam.

Wednesday, September 04, 2013

Jamuan Hari Raya 2013



 Alhamdulillah..jamuan hari raya Aidilfitri 2013 telah diadakan secara ringkas dan meriah di Pusat Tuisyen Arena Bestari cawangan Taman Mutiara Rini, Skudai...
 


Bersama-sama pelajar - pelajar yang bakal menduduki UPSR tidak lama lagi....cikgu doakan kalian dapat lakukan yang terbaik..dan berjaya di dunia dan akhirat..


gaya giyomi....:-)




nak duit raya..cikgu...
 


penyokong tegar JDT 
 

bersama Pn Syabilah..admin staf caw Tmn Mutiara Rini
 


terima kasih utk semua yang terlibat..:-)

Sunday, August 18, 2013

Sunday, May 19, 2013

Sambutan Hari Guru 2013

Alhamdulillah..
Jamuan ringkas telah diadakan untuk sambutan
Hari Guru 2013 di Pusat Tuisyen Arena Bestari, cawangan Bandar Baru Kangkar Pulai pada hari Jumaat yang lalu. Terima kasih untuk guru-guru dan pelajar-pelajar yang sudi membawa makanan dan minuman pada hari tersebut.
 
 
Sekalung penghargaan dan ucapan terima kasih juga untuk semua tenaga pengajar dan staf-staf pentadbiran yang penuh dedikasi mendidik pelajar-pelajar Pusat Tuisyen Arena Bestari bermula dari tahun 2003 hingga sekarang. Jasa, komitmen dan kerjasama yang diberikan oleh anda semua menjadi tulang belakang untuk Pusat Tuisyen Arena Bestari untuk terus berdiri megah dan terus melahirkan pelajar-pelajar yang berjaya di dunia dan akhirat. InshaAllah.
 


 

Thursday, May 16, 2013

Selamat Hari Guru





selamat hari guru ...
anda adalah  insan yang terpilih utk mendidik anak bangsa ...
hanya Allah yg dapat membalas segala pengorbanan yg telah dicurah...
 
terima kasih cikgu...♥♥♥

Thursday, April 25, 2013

Jawatan Kosong Tenaga Pengajar

Kekosongan jawatan untuk tenaga pengajar separuh masa bagi sekolah rendah di Pusat Tuisyen Arena Bestari cawangan Taman Mutiara Rini, Skudai Johor

Individu yang berminat boleh hubungi Pn Dina (0137661523) untuk temuduga.

Terima kasih

- Posted using BlogPress from my iPad

Friday, April 05, 2013

KURANG SABAR MENGAJAR ANAK MEMBACA DAN SERING MARAH DAN MEMUKUL.



SAYA KURANG SABAR MENGAJAR ANAK MEMBACA DAN SERING MARAH DAN MEMUKUL. ADAKAH KESAN BURUK KEPADA ANAK JIKA SAYA TERUSKAN?

YA BANYAK KESAN BURUK.

Ia mematikan semangat anak itu untuk belajar dan menurunkan jika tidak mematikan keyakinan dirinya.
Ibu bersyukur puan bertanya kepada ibu perkara ini dapatlah juga ibu memberi pandangan.

Berhentikan cara ini secepat mungkin sayang, sebelum anak menjadi pelajar yang tidak suka belajar, rendah diri, bermasalah dalam pelajaran.






Jika anda seorang yang kurang sabar mengajar, dapatkanlah bantuan daripada guru tuisyen yang boleh mengajar dengan cara happy. Kedua, jika tulisannya comot, puan perlu ingat, tangan anak yang 5 -7 tahun belum begitu kuat berbanding tangan kita. Moto skil belum begitu matang. Maka tulisan akan comot-comot dahulu. Apa yang puan boleh buat, buatkanlah latihan tambahan yang dilakukan secara play and joy.

Elakkan mengajar anak-anak belajar dengan cara kasar. Ia tidak mendatangkan kebaikan pada mana-mana sudut pun. Ia meragut keyakinan diri. Ia mematikan semangat untuk belajar. Ia menimbulkan keraguan akan kemampuan diri. Ia menjadikan anak itu benci ilmu.

Kenapa? Kerana dengan cara marah-marah dan kasar ini menyebabkan tenaga belajar anak senantiasa berada di otak reptilian sedangkan untuk hebat belajar, dia perlu menggunakan otak neo-korteks nya.

Selaini itu, bila anak merasakan dia tidak pandai belajar, maka dia akan mengambil imej diri bahawa 'saya bodoh' dan ini adalah sangat-sangat menghancur masa hadapan anak itu.

Ibu doakan agar anda diberi kesabaran yang lebih dalam mengajar anak-anak membaca dan belajar.

Salam Kasih - Ibu Rose


FB :

Prof. Dr. Rozieta Shaary

Tuesday, March 26, 2013

Pelajar cemerlang SPM 2012

Sekalung tahniah untuk Amirul Akmal Khalid pelajar cemerlang SPM 2012  
Pusat Tuisyen Arena Bestari berjaya mendapat 8A1B.
Semoga terus berjaya di dalam bidang yang bakal diceburi. 




Friday, March 15, 2013

Tuesday, March 12, 2013

Ibu Bapa Cemerlang


‎"Pergi main jauh-jauh, ayah banyak kerja nak buat ni..jangan kacau ayah.." 
Andainya belum sempat anak bersuara, kita telah berkata begini, tanpa disedari, kita telah menyuntik satu kepercayaan negatif ke dalam diri anak: 
~ saya tidak penting
~ apa yang saya cakap tidak penting
~ ayah/emak tidak berminat untuk mengetahui tentang apa yang ingin saya cakapkan.

Dan kepercayaan ini akan membentuk sikap seperti penakut, kurang percaya kepada kemampuan diri sendiri, mudah putus asa, tidak suka mencuba sesuatu yang baru dan sebagainya...


Friday, February 01, 2013

DOA untuk anak cerdik & pandai






SEMUA IBU BAPA MAHUKAN ANAKNYA BIJAK DAN PANDAI

1. Ini adalah ayat quran yang boleh menjadi tools insya allah jika diamalkan anak akan menjadi bijak pandai.

2. Anak adalah satu2nya harta yang akan berguna dan bersama2 kita semasa susah dan senang hatta sehingga kita meninggal dunia, merekalah yang akan mendoakan kita.



3. Marilah sama2 kita melakukan amalan ini semoga impian akan tercapai bila kita meninggal dunia, merekalah yang akan mendoakan kita.