Wednesday, September 25, 2013

Kelas Bacalah Anakku


BERITA BAIK UNTUK ANDA
 
Pusat Tuisyen Arena Bestari akan mengadakan kelas khas Bacalah Anakku bermula November 2013 ini. Kelas ini terbuka untuk kanak-kanak yang berumur 4 tahun dan ke atas.
 
Bagi ibu bapa yang mempunyai anak-anak yang masih belum lancar membaca, kami sedia membantu anda sebagai persediaan bagi anak-anak anda sebelum melangkah ke alam persekolahan.
 
Peliharalah anak-anakmu dan perbaikilah budi pekerti mereka.
Sesungguhnya anak-anak itu adalah hadiah Allah kepadamu. ( maksud hadis ).
 
 
hubungi Pn Dina utk keterangan lanjut ; 013-7661523

Tuesday, September 10, 2013

Selamat menduduki Peperiksaan UPSR 2013






pesanan dr Dato' Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah

As salamu'alaikum. Ramai ibubapa bertanya:

Apa amalan yg ibubapa boleh lakukan semasa anak dlm dewan peperiksaan?

Ibu bapa boleh:

1. Berpuasa sunat di hari anak2 ambil pep, sbb doa ibubapa amat makbul. Doa org yg berpuasa itu makbul, apatah lagi doa ibubapa yg sdg berpuasa! 

 2. Lakukan solat taubat & solat hajat & mohon agar anak tenang & dpt jwb s...emua soalan dgn cemerlang. 

 3. Baca Quran & hadiahkan pahala kpd anak agar terang hati & tenang fikiran,

 4. Lakukan solat Dhuha & doakan anak,

 5. Sedekah di masjid, rumah anak yatim, etc & hadiahkan pahala utk anak,

 6. Berterusan berzikir & berdoa,

 7. Hantar gelombang positif kpd anak-- bayangkan wajah anak & yakin dia dpt jwb semua soalan dgn tepat.

 8. Benar2 bertawakkal kpd Allah & redha dgn segala ketentuanNya. Moga Allah jayakan semua anak2 yg ambil peperiksaan.

Aameen, wassalam.

Wednesday, September 04, 2013

Jamuan Hari Raya 2013



 Alhamdulillah..jamuan hari raya Aidilfitri 2013 telah diadakan secara ringkas dan meriah di Pusat Tuisyen Arena Bestari cawangan Taman Mutiara Rini, Skudai...
 


Bersama-sama pelajar - pelajar yang bakal menduduki UPSR tidak lama lagi....cikgu doakan kalian dapat lakukan yang terbaik..dan berjaya di dunia dan akhirat..


gaya giyomi....:-)




nak duit raya..cikgu...
 


penyokong tegar JDT 
 

bersama Pn Syabilah..admin staf caw Tmn Mutiara Rini
 


terima kasih utk semua yang terlibat..:-)

Sunday, August 18, 2013

Sunday, May 19, 2013

Sambutan Hari Guru 2013

Alhamdulillah..
Jamuan ringkas telah diadakan untuk sambutan
Hari Guru 2013 di Pusat Tuisyen Arena Bestari, cawangan Bandar Baru Kangkar Pulai pada hari Jumaat yang lalu. Terima kasih untuk guru-guru dan pelajar-pelajar yang sudi membawa makanan dan minuman pada hari tersebut.
 
 
Sekalung penghargaan dan ucapan terima kasih juga untuk semua tenaga pengajar dan staf-staf pentadbiran yang penuh dedikasi mendidik pelajar-pelajar Pusat Tuisyen Arena Bestari bermula dari tahun 2003 hingga sekarang. Jasa, komitmen dan kerjasama yang diberikan oleh anda semua menjadi tulang belakang untuk Pusat Tuisyen Arena Bestari untuk terus berdiri megah dan terus melahirkan pelajar-pelajar yang berjaya di dunia dan akhirat. InshaAllah.
 


 

Thursday, May 16, 2013

Selamat Hari Guru





selamat hari guru ...
anda adalah  insan yang terpilih utk mendidik anak bangsa ...
hanya Allah yg dapat membalas segala pengorbanan yg telah dicurah...
 
terima kasih cikgu...♥♥♥

Thursday, April 25, 2013

Jawatan Kosong Tenaga Pengajar

Kekosongan jawatan untuk tenaga pengajar separuh masa bagi sekolah rendah di Pusat Tuisyen Arena Bestari cawangan Taman Mutiara Rini, Skudai Johor

Individu yang berminat boleh hubungi Pn Dina (0137661523) untuk temuduga.

Terima kasih

- Posted using BlogPress from my iPad