Monday, May 17, 2010

SELAMAT HARI GURU



BERBURU ke padang datar
Dapat rusa belang kaki
Berguru kepala ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi
(dedikasi kepada Hari Guru dan guruku tercinta)
Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.

USMAN AWANG
1979


Friday, May 14, 2010

Peserta-peserta Kursus Motivasi 2010

Cawangan Taman Dato' Penggawa Barat



Cawangan Taman Mutiara Rini



Cawangan Bandar Baru Kangkar Pulai




Thursday, May 13, 2010

Anugerah Guru Cemerlang PTAB -2009

SEKALUNG TAHNIAH DIUCAPKAN KEPADA GURU CEMERLANG PTAB TAHUN 2009 SEMOGA SUMBANGAN & KERJASAMA YANG DIBERIKAN AKAN MENDAPAT KEBERKATAN DARIPADA ALLAH
EN SJAIFUL ANWAR BIN ISMAIL
Tenaga pengajar di PTAB sejak 2004



CIK NOOR SYIDA BINTI SULAIMAN
Tenaga Pengajar di PTAB sejak 2003

Thursday, April 29, 2010

Gambar-gambar sekitar Kursus Motivasi







adik Hasya Amirah membaca sajak Rintihan Anak Soleh




makan...






cenderahati & sijil untuk pelajar & guru cemerlang



gambar penyampaian sijil kepada pelajar & guru cemerlang dan gambar pelajar setiap cawangan akan dikemaskini dalam masa terdekat ini.


Terima kasih kepada semua yang menjayakan Kursus Motivasi kali ini..




Thursday, April 22, 2010

Terkini:Kursus Motivasi (Pas Masuk & Peta)

Kepada para ibubapa dan penjaga yang dihormati,

Sila tunjukkan PAS MASUK ini kepada pengawal keselamatan UTM di pintu masuk UTM untuk mengelakkan kesulitan. PAS MASUK ini juga boleh diambil di cawangan -cawangan PTAB yang berhampiran.
Terima kasih dengan kerjasama yang diberikan.
Kita berjumpa pada hari Ahad ini dan saya amat berbesar hati sekiranya pihak tuan dapat berjumpa dengan saya selepas sesi motivasi untuk membincangkan tentang perkembangan anak-anak anda.
Datang Dengan Harapan
Pulang Dengan Kejayaan
Pn Hadina Mohd Hashim
Pengurus







Tuesday, April 06, 2010

Kursus Motivasi

Pusat Tuisyen Arena Bestari akan menganjurkan Kursus Motivasi seperti berikut :

Tarikh : 25 April 2010 ( Ahad )

Masa : 8.00 pagi - 2 petang

Tempat : UTM, Skudai

Kepada pelajar yang berminat sila dapatkan borang penyertaan di cawangan berhampiran anda atau berhubung dengan saya di talian 013-766 1523.

Wednesday, February 03, 2010

Cawangan Baru Pusat Tuisyen Arena Bestari

Kami telah membuka satu lagi cawangan baru seperti di alamat berikut dan telah beroperasi sepenuhnya pada 4 Januari 2010 .

Waktu Operasi : 8.00 pm - 10.15 pm ( Isnin - Jumaat )


51A, Jln Pulai Bistari 1,
Bandar Baru Kangkar Pulai,
81110 Kangkar Pulai, Johor

No Tel : 07-5276 854 ( Cik Farhana )


Anda juga boleh ke cawangan-cawangan lain yang berhampiran dengan tempat tinggal anda.


37A, Jln Tanjung,
Taman Dato' Penggawa Barat,
81200 Tampoi, Johor

No Tel : 07-2360 775 ( Pn Faizah )


1A, Jln Utama 43,
Taman Mutiara Rini,
81300 Skudai, Johor

No Tel : 07-557 7850 ( Pn Syabilah )



Datang dengan harapan
Pulang dengan kejayaan